Wednesday, 30 November 2011

Keperluan Asas Tumbuh-tumbuhan


Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.

Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari.
Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.

Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
Contohnya: proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).

Thursday, 17 November 2011

Sunday, 13 November 2011

Peta Minda

Saturday, 12 November 2011

Thursday, 10 November 2011

Wednesday, 9 November 2011

Menyiasat Alam Kehidupan

Rancangan Mengajar


1.Tema : Kepelbagaian Hidupan Dalam Alam

2.Tajuk : 2.1 Pengelasan Haiwan

3.Sub tajuk : 2.1.1 Mencirikan Haiwan

4.Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:

i Menyenaraikan tiga jenis haiwan vertebrata.

ii Menyenaraikan ciri-ciri haiwan vertebrata berdasarkan gambar yang dipaparkan melalui persembahan MS Power Point.

iii Menggunakan tetikus untuk klik gambar dalam perisian MS Power Point.

5.Penilaian

i. Menyenaraikan jenis haiwan vertebrata secara lisan.

ii. Menyenaraikan ciri-ciri haiwan vertebrata berdasarkan gambar dalam MS Power Point secara berkumpulan.

6. Peruntukan Masa (60minit)

7. Ciri-Ciri Kelas

a) Tahun 4

b) Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah didedahkan dengan penggunaan tetikus.

8. Liputan Kurikulum : mengelas, mencirikan

9.Persediaan Guru Bukan TMK

i. Gambar haiwan.
ii. Buku teks.
iii. Buku aktiviti

10.Penerapan TMK

i.Penggunaan MS Word dan MS PowerPoint.

ii.Penggunaan internet untuk memperoleh maklumat berkaitan tajuk pelajaran.

11. Persediaan TMK

i. Menempah bilik computer dan LCD.

ii.Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi.

iii.Set soalan dalam MS Word.

iv.Set slaid Persembahan MS Power Point.


12. Aktiviti Pelajaran

i. Persembahan MS Power Point dan internet.

ii. Soal-jawab berkaitan tajuk.

iii. Menyaksikan persembahan slaid.

13. Aktiviti Guru

i. Menunjukkan pelbagai jenis gambar haiwan.

ii. Meminta murid-murid menamakan haiwan vertebrata.

iii. Berbincang bersama murid-murid tentang ciri-ciri haiwan vertebrata.

iv. Meminta murid melihat persembahan gambar dan namakan binatang melalui MS Power Point dan internet.

v. Meminta murid melaksanakan tugasan yang terdapat dalam MS Word MS Excel.

vi. Memantau kerja murid.

14. Aktiviti Pelajar

i. Murid-murid memerhati dan memberi maklum balas.

ii. Menjawab soalan guru.

iii. Membentangkan hasil jawapan

iv. Menyaksikan persembahan MS PowerPoint untuk memahami isi pelajaran,

v. Menjawab lembaran kerja dan memahami tugasan yang diberi.

15. Laman Web

http://animal.discovery.com/
http://www.oaklandzoo.org/atoz/atoz.html
http://yahooligans.yahoo.com/content/animals/

16. Literasi:Tidak berkenaan

17. Numerasi :Tidak berkenaan

18. Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK :internet dan Power point

19. Penerapan Nilai Murni

i. Menyayangi haiwan.
ii. Memelihara alam sekitar bagi mengelakkan kepupusan haiwan.
iii. Mensyukuri nikmat Tuhan.

20. Kemahiran Berfikir :Mengelas dan menciri

Menyiasat Alam Kehidupan

PETA KURIKULUM


Sub Topik

Kepelbagaian
Hidupan Dalam
Alam

2.1 Pengelasan Haiwan

Aras 1
2.1.1 Mencirikan
haiwan

Penggunaan TMK
1. Murid menggunakan
persembahan MS
PowerPoint yang
diintegrasikan dengan
perisian MS Word, MS Excel dan Internet untuk mencari
maklumat, membuat
latihan dan menerima
tugasan.

Kemahiran TMK

1. Murid belajar melayari
Internet dengan alamat
laman web yang diberi.

2. Murid menjalankan aktiviti
membina peta minda dalam fail MS Word.

3. Murid menjawab teka silang kata yang dipaut ke MS Excel.

Sumber TMK
1. Slaid persembahan sebagai BBM (akses kendiri)

2. Perisian MS Word dan MS Excel.

3. Internet dan alamat laman web:
http://animal.discovery.com/
http://www.oaklandzoo.org/atoz/atoz.html
http://yahooligans.yahoo.com/content/animals/
 

SAINS TAHUN 4 (TEH BEE CHING) Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting