Wednesday, 9 November 2011

Menyiasat Alam Kehidupan

Rancangan Mengajar


1.Tema : Kepelbagaian Hidupan Dalam Alam

2.Tajuk : 2.1 Pengelasan Haiwan

3.Sub tajuk : 2.1.1 Mencirikan Haiwan

4.Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:

i Menyenaraikan tiga jenis haiwan vertebrata.

ii Menyenaraikan ciri-ciri haiwan vertebrata berdasarkan gambar yang dipaparkan melalui persembahan MS Power Point.

iii Menggunakan tetikus untuk klik gambar dalam perisian MS Power Point.

5.Penilaian

i. Menyenaraikan jenis haiwan vertebrata secara lisan.

ii. Menyenaraikan ciri-ciri haiwan vertebrata berdasarkan gambar dalam MS Power Point secara berkumpulan.

6. Peruntukan Masa (60minit)

7. Ciri-Ciri Kelas

a) Tahun 4

b) Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah didedahkan dengan penggunaan tetikus.

8. Liputan Kurikulum : mengelas, mencirikan

9.Persediaan Guru Bukan TMK

i. Gambar haiwan.
ii. Buku teks.
iii. Buku aktiviti

10.Penerapan TMK

i.Penggunaan MS Word dan MS PowerPoint.

ii.Penggunaan internet untuk memperoleh maklumat berkaitan tajuk pelajaran.

11. Persediaan TMK

i. Menempah bilik computer dan LCD.

ii.Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi.

iii.Set soalan dalam MS Word.

iv.Set slaid Persembahan MS Power Point.


12. Aktiviti Pelajaran

i. Persembahan MS Power Point dan internet.

ii. Soal-jawab berkaitan tajuk.

iii. Menyaksikan persembahan slaid.

13. Aktiviti Guru

i. Menunjukkan pelbagai jenis gambar haiwan.

ii. Meminta murid-murid menamakan haiwan vertebrata.

iii. Berbincang bersama murid-murid tentang ciri-ciri haiwan vertebrata.

iv. Meminta murid melihat persembahan gambar dan namakan binatang melalui MS Power Point dan internet.

v. Meminta murid melaksanakan tugasan yang terdapat dalam MS Word MS Excel.

vi. Memantau kerja murid.

14. Aktiviti Pelajar

i. Murid-murid memerhati dan memberi maklum balas.

ii. Menjawab soalan guru.

iii. Membentangkan hasil jawapan

iv. Menyaksikan persembahan MS PowerPoint untuk memahami isi pelajaran,

v. Menjawab lembaran kerja dan memahami tugasan yang diberi.

15. Laman Web

http://animal.discovery.com/
http://www.oaklandzoo.org/atoz/atoz.html
http://yahooligans.yahoo.com/content/animals/

16. Literasi:Tidak berkenaan

17. Numerasi :Tidak berkenaan

18. Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK :internet dan Power point

19. Penerapan Nilai Murni

i. Menyayangi haiwan.
ii. Memelihara alam sekitar bagi mengelakkan kepupusan haiwan.
iii. Mensyukuri nikmat Tuhan.

20. Kemahiran Berfikir :Mengelas dan menciri

1 comments:

Koh Lee Ching on 7 December 2011 at 13:47 said...

video ini sangat menarik kepada murid-murid

 

SAINS TAHUN 4 (TEH BEE CHING) Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting